Selasa, 26 Ogos 2008

Dairi: Iftar Jamaie di Lubnan



Sempena Ramadhan 2007M/1428H, Aman Palestin berjaya menganjurkan Majlis Iftor Jamaie (Majlis Berbuka Puasa) dan Program Pembiayaan Keluarga Miskin Palestin bagi rakyat Palestin yang berada di kem-kem pelarian mereka di Lubnan dan di dalam Palestin sendiri.

Objektif:
1- Membantu keluarga-keluarga fakir & miskin, golongan kurang upaya, lemah, sakit, anak-anak yatim, ibu tunggal dan seumpamanya di bulan Ramadhan yang penuh berkat.
2- Memberikan kegembiraan kepada golongan yang memerlukan dengan berkongsi kegembiraan pada hari raya melalui Majlis Iftor Perdana dan agihan hadiah-hadiah hari raya kepada mereka.
3- Membuka ruang kebajikan sosial dan kerjasama di antara orang kaya dan miskin dengan memberikan sumbangan kepada orang-orang miskin.
4- Memberi peluang kepada umat Islam di Malaysia melahirkan kesyukuran dengan melakukan ibadah khusus buat saudara seIslam mereka, rakyat Palestin yang dizalimi oleh Zionis Yahudi.

Sejumlah USD70,000 telah diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut. USD10,000 bagi projek Iftor Perdana di kem-kem pelarian di luar Palestin, USD20,000 bagi projek yang sama di kem-kem pelarian dalam Palestin sendiri.

Selain itu sejumlah USD10,000 diperuntukkan bagi Program Pembiayaan Keluarga Miskin Palestin dan USD30,000 bagi membangunkan Projek Pusat Iqra' dan Projek Hadhonah & Raudah (Pusat Penjagaan anak-anak Palestin).

Penyerahan sumbangan ikhlas rakyat Malaysia tersebut telah disempurnakan sendiri oleh Pengurus Aman Palestin, Ustaz Soberi Awang dan disaksikan sendiri oleh sukarelawan Aman Palestin dan juga pihak media dari TV9. Dalam kesempatan temubual bersama beliau,"...kesusahan rakyat Palestin telah dirasai bersama oleh rakyat Malaysia semenjak pencerobohan haram Yahudi di Palestin. Namun usaha-usaha memantau dan melihat isu Palestin ini dengan secara halus dan telus hanya dapat dilaksanakan semenjak tertubuhnya Aman Palestin."

Tambah beliau lagi, "kita tidak menafikan usaha NGO-NGO atau badan-badan lain dalam menanggani isu Palestin, tetapi Aman Palestin ditubuhkan bagi membolehkan isu ini sentiasa hidup dalam diri umat Islam setiap detik.
Oleh sebab itu usaha-usaha Aman Palestin tidak terhenti pada waktu tertentu, masa tertentu, tarikh tertentu tetapi melihatnya sebagai usaha sepenuh masa.

Tiada ulasan: