Selasa, 2 September 2008

Kempen Ramadhan Mubarak

Projek Kempen 1 RM 1 Hari

Menyedari betapa pentingnya setiap sen yang terbunag samada disedari atau tidak, didalam rumah, dijalan raya atau dimana sahaja maka kempen ini bertujuan menyedarkan kita betapa pentingnya kita menghimpunkan kembali setiap sen tersebut ke dalam tabung barakah ini untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin.

Mudah-mudahan setiap usaha kecil ini diberkati dan digandakan pahalanya dibulan ramadhan yang mulia ini.

Projek Kempen 1 Tabung 1 Keluarga

Alangkah besarnya pahala yang akan kita perolehi dengan hanya menghulurkan RM1.00 sehari ke dalam tabung Aman Palestin, sekiranya dihitung hanya memerlukan RM30.00 sebulan dibulan ramadhan ini. Rebutlah peluang yang datang hanya setahun sekali untuk kita menggandakan nilai amalan kita disisi Allah. Ini akan memberatkan timbangan kebaikan kita di hari yang tidak berguna harta dan anak pihak kecuali mereka-mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang tenang.

Mekanisma:

1- Dapatkan Tabung Palestin daripada wakil/sukarelawan/Pejabat Aman Palestin

2- Usaha sedaya upaya yang termampu memenuhkan Tabung Aman Palestin

3- Masukkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin:

562263010787 (Maybank Berhad)

12029010047880 (Bank Islam Berhad)

@ serahkan terus ke Pejabat Aman Palestin

@ serahkan kepada wakil Aman Palestin di setiap cawangan